Sunday, November 30, 2014

Jangan putus asa

pernah tidak kalian tau tentang cerita pada hari pembalasan dimana diceritakan pada hari itu ada seorang hamba Allah yang tidah mau mengaku akan kesalahannya? dan akhirnya smua anggota tubuhnya bersaksi akan kelakuannya itu? Pernah tidak kalian tau bagaimana ending cerita tersebut? jika belum, hari ini saya akan bercerita tentang cerita tersebut. semoga bermanfaat.



Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili.

Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia untuk berbuat maksiat.

Namun begitu dia berkeras membantah, “Tidak demi langit dan bumi, sungguh tidak benar. Saya tak pernah melakukan perkara itu.”

“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa.”

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yang ada.

Kemudian dia pun menyanggah, “Mana saksi-saksi yang engkau maksudkan? Disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”

Jawab malaikat, “Inilah saksi-saksimu…”

Tiba-tiba mata berbicara, “Saya yang memandang.”

Disusuli dengan telinga, “Saya yang mendengar perkara itu.”

Hidung pun tidak ketinggalan, “Saya yang mencium.”

Bibir pun mengaku dengan selambanya, “Saya yang merayu.”

Lidah menambah dengan berani, “Saya yang menjilat dan menghisap.”

Tangan tanpa malu meneruskan, “Saya yang meraba dan meramas.”

Kaki pula menyusul, “Saya yg berjalan dan berlari semasa itu.”

“Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu.” ujar malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahnya lagi.

Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam..

Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi.

Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi,

“Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.”

Malaikat menjawab dengan tenang, “Silakan wahai bulu mata.”

“Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan.

Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka?

Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata
penyesalan.”

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

“Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.”

Masya-ALLAH.

hebat kan cerita itu? saya sendiri mengaku saya diceritakan tentang cerita ini diwaktu kecil dulu tetapi tidak pernah sampai hujungnya. yang saya fikirkan setelah anggota badan nya bersaksi. dia tidak boleh berbuat apa apa lagi dan dimasukkan ke dalam neraka. ternyata di akhir cerita ini hamba Allah tersebut damasukkan ke dalam syurga.

saya tahu pasti orang yang bercerita tentang cerita ini tapi tidak sampai hujungnya itu ingin memberikan efek positif dalam diri pendengar supaya pendengar takut untuk melakukan kejahatan dan menilai jika ceritanya diceritakan sehingga habis pasti pendengar memandang mudah untuk masuk ke syurga.

teman teman, adalah yang paling baik untuk menceritakan hal yang sebenar. ceritakan dari awal hingga ke penghujungnya tapi dengan cara dan penerangan yang baik. supaya si pendengar lebih jelas dan mendapat kan moral moral yang baik seperti melakukan hal yang baik dan takut untuk melakukan kejahatan serta percaya akan kebesaran dan kekuasaan Allah swt.

semoga sharing saya pada hari ini bermanfaat.

olive you, Arra.

No comments:

Post a Comment